Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tiga tahun akan menjadi salah seorang daripada ahli termuda Mensa, sebuah kumpulan yang dianggotai individu bijak, selepas diuji dan mempunyai IQ berjumlah 140.
Saffron Pledger adalah anak kepada juara lapan kali Countdown, sebuah rancangan televisyen.
Danny Pledger, pereka laman sesawang yang berusia 23 tahun berkata, anak beliau mula mengenal huruf dengan menonton beliau di siri televisyen tersebut.
Saffron mengambil ujian IQ, iaitu salah satu daripada proses terakhir yang dilakukan oleh Mensa. Jika jumlah markah 140 kanak-kanak itu diterima, dia akan menjadi ahli termuda bagi kumpulan tersebut.
Walaupun dengan usia yang begitu muda, Saffron boleh menulis, membaca, mengira hingga 50 dan juga menyelesaikan beberapa masalah matematik asas – sebelum mendapat sebarang pembelajaran di mana-mana sekolah.
Markah IQ sebanyak 140 adalah 40 markah lebih tinggi berbanding purata.
Saffron yang meminati Peppa Pig dan sandwich berkata, “Walaupun saya hanya seorang kanak-kanak, namun saya amat gembira kerana berjaya lulus ujian-ujian tersebut, biarpun sesetengah daripadanya adalah agak sukar
.
“Bila saya mula membesar saya ingin mula bermain sepanjang hari. Saya akan mula ke sekolah tidak lama lagi dan saya ingin melukis, mewarna dan bermain bersama rakan-rakan.”
.
“Bila saya mula membesar saya ingin mula bermain sepanjang hari. Saya akan mula ke sekolah tidak lama lagi dan saya ingin melukis, mewarna dan bermain bersama rakan-rakan.”
Danny berkata, “Saya tidak tahu bagaimana Saffron boleh jadi begini, kami hanya menyokong setiap apa yang dilakukannya.
“Dia suka menonton Countdown bersama saya, itu telah banyak membantunya untuk mempelajari huruf-huruf. Dia juga boleh mancari dan mengenalpasti beberapa perkataan mudah.
“Dia sangat kompetetif, jika saya kata saya mempunyai perkataan yang mempunyai tujuh huruf, dia akan berkata bahawa dia mempunyai perkataan yang mempunyai lapan huruf.
Saya berharap satu hari nanti dia juga akan menyertai rancangan tersebut dan menjadi lebih hebat dari saya.”
Tambahnya, “Dia kini masih lagi sedang meningkatkan kebolehan untuk bergerak, namun dia telah mempunyai kebolehan bercakap yang amat mengagumkan.
“Apabila kami membuat pemeriksaan ketika dia berusia 2 setengah tahun, kebolehan Saffron adalah sama seperti kanak-knak berusia lima tahun.
“Kami dinasihatkan untuk membawa Saffron kepada pakar psikologi untuk menguji IQnya dan keputusannya amat memberansangkan (140) – lebih tinggi dari saya sendiri. Mereka kemudiannya mencadangkan kami untuk menghubungi Mensa.”
Kirstie, yang berasal dari Southend, Essex berkata lagi, “Dia boleh tambah dan tolak (mengira), dia boleh menulis dan membaca. Jika kami meminjam buku dari perpustakaan dan membacakan buku itu kepadanya, pada suatu masa dia akan membacakan semula buku tersebut kepada kami.
“Kami ingin menyokong apa sahaja yang Saffron mampu lakukan supaya dia gembira.”
Jika diterima, Saffron akan menjadi ahli termuda yang diterima Mensa.
Pada Oktober 2009, Elise Tan Roberts yang berasal dari London telah diterima ke Mensa, ketika itu berusia dua tahun empat bulan.
Jurucakap Mensa berkata, ujian yang diberikan kepada Saffron akan dinilai oleh ahli psikologi mereka sendiri dalam masa dua minggu.
sumber : http://www.telegraph.co.uk dan http://mynewshub.my
No comments:
Post a Comment