Followers

Friday, April 22, 2011

hormatilah jiran anda...........hentikan pencemaran bunyi..............



i nie bukan ler orang2 kaya yang tinggal di banglo...setakat kat prumahan kos rendah jer....tak tau korang la...tapi apa yang agak memeningkan otak ni bila jiran2 ttangga kita yang TAK RETI NAK PAHAM bahawa dia sekrang berada di kawasan perumahan dan bukannya hanya dia sorang jer tinggal kat kawasan tu......hello kawan???  ingat orang lain pekak ker????? perlu ker main alat muzik tu kat kawasan perumahan???? ishhh........pencemaran bunyi tau tak????????? pening kepala dengar bunyi yang i rasa dari mula sampai ke habis nya sama jer....tong sana tong sini.............OMG!!!!!!!!!!! seksa wooooooooooooo!!!

Tuesday, April 12, 2011

menghitung hari.....



wow!! skang ni dah minggu akhir aku btugas di sekolah..........fuhh....tak sabar rasa nya nak menghabiskan hari-hari di sekolah tu...tak dinafikan, pasti akan merindui budak2 tu semua....dengan telatah dorang yang owes buat aku tsenyum ketawa......




   
ahad ni terbanglah aku kembali ke kampung halaman......tak sabar nak menjejakan kaki di bumi sarawak ku tercinta!!!!!!!!!!! weeeeeeeeeeeeee.....kali ini aku bcuti selama sbulan sebelum aku kembali lagi ke pulau pinang untuk mengambil ujian KSCP....diharap aku bjaya nanti,....agak risau ngan ujian tu...takoT aku tak dapat diluluskan pihak U....apa pOn....doakan lah kejayaan ku nanti keh kangkawan???

barang2 kat dalam bilik sekarang still lagi dalam proses mem-packing.....3 kotak dah dipos ke kuching guna post laut........gila berat!! 1kotak 18 kilo lebih.......1 lagi 7 kilo lebih........dah 1 lagi 5 kilo lebih...kalo nak kira2 kesemua berat dia ada lah dalam 32kilo..........fuhh!!!!!!!!!!!! rasa nak tcabut tulang mengangkat kotak2 tu....nasib ada kawan yang sudi hantarkan ke pjabat pos yang memang ada di dalam kampus ni....kakak yang keja kat pjabat pos tu pon sempat buat lawak.......



"makkkkk oooiii.......berat nyaaa...apa dalam ni dek?? batu kah??? apa yang adik ni makan?? boleh jugak adik angkat kotak2 ni ya??? hebat tol........"

"besa la kak.........orang sarawak memang kuat2 blaka...........hihihikk........"

bayaran kesemua kotak pulak ialah RM61.50........mak aiiii..........bgegar tangan bagi duit kat kakak yang keja kat pejabat pos tu....huhuhu.....apa pOn lega dah poskan 3 kotak yang brisi buku dan entah apa2 lagi...aku pon tak tau apa yang ada dalam tu...huhuhu....

sekarang masih lagi pOning nak kemas2 barang dalam kotak....ni pon kena kembali ke pejabat pos untuk poskan kotak buat kali ke 2..............tapi tak la sebrat yang kali pertama tu...but kotak boley tahah besor nya wooo........ahhahahhaa..kali ni entah apa la yang akak tu nak kata....apa pOn...harap2 bleh cepat2 kemas dan pos barang tu......takot pulak tak sempat nanti...huhuhuhu...

untuk LM ni pulak.......mentang2 dah minggu takhir.........malas giler nak mngajor nya......ish3........apa lah cikgu cam ni.....mentang2 nak balik kan??huhuhuh......portfolio blom siap lagi ni....jumaat ni kena hanta....skrg bru jer dalam 7 muka surat....lec nak kan 20 page...huhuhuhu....tak per....pasti boleh siap nyer!!!!!!!!!! ciayooooooooookkkk!!!!!!!!!!!!

Thursday, April 7, 2011

Gangguan psikologi ancam pengguna


 GENERASI MUDA...pelopor dunia digital.

DI sebalik ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), anak muda dilihat sebagai golongan nombor satu dan paling ramai yang selari dengan perkembangan itu. 

Hari ini, generasi X, Y dan Z dikaitkan sebagai penentu digital pada masa depan. Mereka mempunyai keupayaan pandangan yang amat berbeza berbanding generasi lampau kerana lahir ketika era Perang Dingin, ledakan teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan.

Guru wanita patah hidung ditumbuk pelajar


KANGAR: Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu hari ini.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata, seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas. 

"Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas, guru berkenaan sedang melalui koridor sekolah apabila beliau ternampak pergaduhan itu dan cuba meleraikannya," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.
Mariati dibawa ke HTF untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.




   
Menurut jurucakap itu, Mariati dipercayai cuba mengajak pelajar berkenaan ke bilik disiplin untuk dikenakan tindakan disiplin kerana bergaduh namun secara tiba-tiba pelajar tersebut menumbuk muka beliau menyebabkan hidungnya patah dan berdarah.

Beliau mendakwa, pelajar itu pernah digantung sekolah kerana masalah disiplin tetapi dibenarkan meneruskan semula persekolahannya di sekolah sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Md Dros, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata polis menerima dua laporan berhubung kejadian itu.
Katanya, laporan pertama oleh guru wanita itu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

Satu laporan lagi dibuat oleh seorang pelajar tingkatan satu yang mendakwa beliau ditendang oleh pelajar yang sama dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan. - BERNAMA

Wednesday, April 6, 2011

Telur ayam tiruan di Pulau Pinang


GEORGETOWN: Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar. 

Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam. 

Info-info terkini FUC

NO ????