GENERASI MUDA...pelopor dunia digital.
DI sebalik ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), anak muda dilihat sebagai golongan nombor satu dan paling ramai yang selari dengan perkembangan itu.
WALL.......kemas kini maklumat pengguna.
Seorang tokoh, Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital meneliti latar belakang generasi X, Y dan Z yang mempunyai asas latar yang tersendiri. Generasi X lahir antara 1965 hingga 1976, Generasi Y lahir antara 1977 hingga 1997, manakala Generasi Z lahir selepas 1998. Mereka mempunyai citra tersendiri dan berbeza antara satu sama lain.
Bagaimanapun, mereka disatukan dengan suatu ledakan iaitu ICT. Merekalah yang banyak mempunyai jaringan Internet, kenalan di Facebook dan Twitter.

Laman sosial sepatutnya memberi kelebihan kepada generasi X, Y dan Z itu untuk berjaya dalam kehidupan melalui ruang diberikan.
Bagaimanapun, lain jadinya apabila ia dijadikan pula platform untuk memaklumkan kematian masing-masing.
Terdapat kes yang mana remaja lelaki maut selepas terjun dari bangunan 14 tingkat, di Kuala Lumpur tidak lama dulu, dipercayai membunuh diri akibat dikecewakan teman wanitanya.
Paling menggemparkan, sebelum beliau membuat keputusan bunuh diri terbabit, sempat bertanya
di ‘Wall’ (aplikasi papan notis) beberapa jam sebelum itu sama ada tindakan terjun bangunan yang dilakukan beliau wajar atau tidak diteruskan.
Malah, beberapa rakannya menganggap ia cuma gurauan dan tidak serius sebaliknya benar-benar berlaku apabila beliau mula memaparkan nota terakhir beliau sebelum membunuh diri.
Satu nota mengatakan beliau hanya mempunyai 45 minit lagi untuk hidup dan bertanyakan apa yang perlu dilakukan dalam tempoh terbabit.
Beberapa rakan rapat yang memandang serius ancaman terbabit dan terkejut dengan keputusan beliau untuk membunuh diri cuba untuk menenangkan beliau melalui komen beberapa minit sebelum kejadian berlaku.
Lebih malang, nota terbabit adalah mesej terakhir sebelum beliau membunuh diri tanpa sempat rakannya tiba untuk menenangkannya.

DEDAH......post terakhir kes bunuh diri di facebook.
Bunuh diri dan memaklumkannya dalam Facebook bukan fenomena yang biasa didengar melainkan mereka diancam pembuli siber.
Buli siber yang didefinisikan sebagai sebarang bentuk ancaman dan serangan melalui pesanan teks, gambar menerusi e-mel, blog, telefon bimbit serta rangkaian web bagi mengganggu, memalukan dan mengugut, sebenarnya bukan satu perkara baru dalam erti kata sebenar.
Berbanding di negara maju, yang kebanyakan pembuli siber terdiri daripada golongan wanita, di Malaysia golongan lelaki berusia antara 15 hingga 35 tahun dilihat lebih berani untuk melakukan kegiatan itu.
Mengapa seseorang itu boleh menjadi pembuli siber? Berdasarkan kajian seorang pakar, Barbara Coloroso mendapati, pembuli siber mempunyai persamaan dalam sikap mereka seperti suka mendominasi orang lain, menggunakan orang lain untuk kepentingan diri, enggan bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka dan gilakan perhatian.
Di negara maju, masalah buli siber sudah dianggap berada pada tahap serius. Di Amerika Syarikat, laporan berita CBS mendakwa hampir 40 peratus pelajar
di negara itu mendakwa pernah menjadi mangsa buli siber sehingga ada yang sanggup membunuh diri kerana tidak tahan dengan hinaan dan fitnah yang disebarkan rakan sekolah menerusi e-mel, laman web dan Facebook.
Masalah yang sama turut dirasai Britain sehingga memaksa kerajaan negara itu untuk mengenakan denda sehingga STG1,000 (RM5,000) ke atas ibu bapa ‘pembuli siber’ atau pelajar yang terbabit membuat ancaman kepada rakan menerusi Facebook, telefon bimbit, e-mel dan SMS.

NEUROTRASMITER......kawal pegerakan.
Pembulian seperti ini boleh dianggap seperti ‘membaling batu, sorok tangan’, tidak jelas dilakukan dan sukar untuk dibuktikan. Tidak hairanlah sehingga ke hari ini, masih tiada seorang pun yang didakwa atas kesalahan sebagai pembuli siber.
Mengikut Seksyen 223 Akta Komunikasi Dan Multimedia, pembuli siber boleh dikenakan tindakan mengikut seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98) dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
Bunuh diri akibat Facebook mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat yang terdedah kepada tindakan digital sehingga berupaya mengganggu emosi selepas membaca entri membabitkan kejadian terbabit.
Menurut pensyarah psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Osman Che Bakar, bunuh diri dan memaklumkannya di Facebook berkait rapat dengan tekanan yang dialami individu.
“Tekanan ini boleh mengakibatkan penyakit mental disebabkan pelbagai sebab yang berhubung kait antara satu sama lain seperti ketidakseimbangan fungsi otak.
“Jika anda tidak pandai menangani masalah dan anda berhadapan dengan masalah, penyakit ini akan menyerang,” katanya.
Beliau menjelaskan tekanan yang dihadapi akan menyebabkan otak berfungsi lebih daripada biasa kerana anda memikirkan masalah terbabit dan cuba menyelesaikannya.
“Otak berfungsi dengan bantuan neurotransmiter yang menghantar isyarat untuk berfikir. Penyakit mental berlaku apabila tekanan berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan neurotransmiter ini,” tambahnya.
Katanya, jika individu itu menghantar entri memaklumkan mengenai niatnya untuk membunuh diri, ia mahu menarik perhatian pihak yang berkait rapat mengganggu perhatiannya.
“Jika mahu membunuh diri, kebiasaannya akan menulis nota yang hanya didapati selepas kejadian berlaku,” kata Osman.
Beliau berkata, jika individu itu membuat pos di Facebook, besar kemungkinan dia akan diselamatkan sebelum sempat membunuh diri.
“Kita perlu mengkaji sebab individu membuat pos di Wall Facebook, mungkin ia mahu membalas dendam terhadap mereka yang menyakitinya,” katanya.
Osman berkata, tindakan memaklumkan kejadian bunuh diri di Facebook berikutan mahu memberi malu kepada individu tertentu akibat perasaan marah ditinggalkan, diabaikan dan sebagainya yang memberi kesan negatif.
Manakala menurut blog pensyarah psikiatri, Dr Salmi Razali, terdapat dua bahagian otak yang penting dalam mengawal tingkah laku manusia iaitu:
Sistem limbic untuk mengawal emosi, tingkah laku, perbuatan, perasaan seperti marah, benci, cinta, geram dan lain-lain.
Prefrontal Cortex untuk mengawal fungsi kognitif kita seperti membuat perancangan, mengatur kehidupan, kawalan buruk baik perbuatan, mengawal proses perbuatan dan lain-lain.
Pada keadaan biasa, bahagian otak ini berfungsi secara baik. Contohnya, anda rasa sayang pada anak anda, sistem limbic akan berfungsi, jika anda ingin memasak, prefrontal cortex akan mengawasi susun atur kaedah masak yang betul.
“Bila anda mempunyai tekanan bahagian otak ini terlalu aktif sehingga neurotransmiter serotonin, dopamine dan adrenalin tadi tidak berfungsi dengan baik. Tanda-tanda penyakit akan muncul kerana otak tidak berfungsi dengan baik,” kata Dr Salmi.
Di sebalik kemajuan teknologi dan keghairahan laman sosial, ia sedikit sebanyak mempengaruhi aktiviti seharian sehinggalah individu yang mengalami gangguan mental juga mahu mendapat perhatian di dunia digital.
Sekurang-kurangnya seorang daripada lima rakyat negara ini berisiko gila jika mengalami masalah kesihatan mental dan tidak mendapatkan rawatan dengan segera serta teratur.
Ramalan itu berasas jika mengambil kira hasil Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ke-3 yang menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia menderita masalah kesihatan mental.
Lebih membimbangkan, masalah gangguan fikiran dijangka tersenarai di tangga kedua penyakit utama dunia selepas penyakit jantung koronari menjelang 2020.
Kajian beban penyakit oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menunjukkan empat penyebab utama masalah kesihatan mental ialah kemurungan, kegelisahan, sukar tidur serta bunuh diri.
Berbalik semula kepada generasi X, Y dan Z ini, merekalah pengguna Internet yang cenderung mengepos pelbagai komen, entri, kemas kini dan sebagainya dalam dunia digital tanpa sempadan.
Memaklumkan kematian dalam Facebook bukan isu main-main walaupun sehingga kini mungkin hanya terdapat satu kes saja yang berlaku.
Ia boleh dikeruhkan dengan gangguan buli siber yang berleluasa sehingga mengakibatkan moral individu jatuh mendadak dan mengambil pertimbangan salah di kemudian hari.
Eloklah jika pos di Wall atau komen yang memberi nilai positif dalam kehidupan serta memberi manfaat kepada individu lain.
Terdapat kumpulan di United Kingdom (UK) yang melancarkan kumpulan sokongan di Facebook untuk membolehkan 30 juta pengguna laman sosial itu di sana mendapatkan bantuan hanya melalui Wall atau Notes.
Individu yang mengambil berat mengenai rakan mereka yang berpotensi membunuh diri boleh menghubungi Pusat Pertolongan Facebook di www.facebook.com/help.
Mereka boleh memaklumkan kandungan tertentu seperti kemas kini dan pos Wall sebelum Facebook menghubungi individu yang mampu membantu mengawal emosi individu terbabit.
Kumpulan yang dikenali pertubuhan Samaritans itu membantu menyelesaikan masalah tekanan yang dihadapi hanya melalui laman sosial.
Ketua Eksekutifnya, Catherine Johnstone, berkata populariti Facebook memainkan peranan yang penting membantu masyarakat mendapatkan bantuan.
“Anda tahu rakan anda mengalami masalah dan cuba membunuh diri, tiada tempat lain yang boleh
dituju, oleh itu lebih baik dapatkan bantuan segera di Facebook kerana ramai rakan kami berada di sana (Facebook) untuk membantu,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Polisi Facebook Eropah, Richard Allan, berkata bantuan Samaritans membuktikan Facebook berupaya menjadi platform efektif yang digunakan dalam usaha memberi kemudahan secara psikologi kepada penggunaannya.

- myMetro
No comments:
Post a Comment