yes bebeh....tahun ni aku bakal konvo....weeehiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.............!!!! maka tamat lah status aku sebagai seorang pelajar di USM.....hehehe.....untuk pengetahuan umum yg bakal nak konvo sama ngan aku tahun nih...kita akan konvo lambat sikit...ermrmmmm....lambat banyak lah jugak dari kawan2 kita yang dah lepas tu.....okeh...malas nak cerita banyak....nih info yang aku dapat dari note Facebook En. Mohamad Abdulah....soooo.....jom layannnnnnnnnnnnnn...............
1) Upacara Konvokesyen Ke-43 akan diadakan pada hari Sabtu, 19 Mac 2011, jam 10.00 pagi di Kampus Kejuruteraan, USM Nibong Tebal Pulau Pinang. Pada Upacara Konvokesyen ini dijangkakan akan diadakan juga Pemasyhuran Pro Canselor baru USM serta penganugerahan Ijazah Kehormat kepada dua orang tokoh akademik terkemuka dunia iaitu Prof. Dr. Ali Al’amin Mazrui, 77, Albert Schweitzer Professor in Humanities yang juga Pengarah Institut of Global Cultural Studies di State University of New York at Binghamton yang berasal dari Kenya. Seorang lagi tokoh ialah Prof. Ryoji Noyori, 72, Presiden RIKEN Jepun yang juga penerima Nobel Prize dalam bidang Kimia pada tahun 2001.
2) Malam Anugerah Sanggar Sanjung 2010 akan diadakan pada 18 Mac 2011 untuk memberikan pelbagai anugerah khas kepada warga USM yang berjaya dan menerima pengiktirafan dalam penyelidikan dan penerbitan serta ketokohan lain.
3) Upacara Konvokesyen Ke-44 akan diadakan pada 21, 22, 23, 24 dan 25 September 2011 di Dewan Tuanku Syed Putra, USM Pulau Pinang. Turut diadakan ialah Perasmian Ekspo Konvokesyen pada 20 September 2011, jam 11.00 pagi di Dewan Budaya USM; Majlis Santapan Tengah Hari bersama Pemimpin Pelajar pada 20 September 2011, jam 1.00 tengah hari di Panggung Palenggang Cahaya, Kompleks Graha Seni USM dan Majlis Santapan Malam Canselor pada 20 September 2010, jam 8.30 malam di Panggung Palenggang Cahaya, Kompleks Graha Seni, USM Pulau Pinang.
ok semua???? catat jangan tak catat....tulis kat dalam nota2 lekatkan kat dinding...tak pon cari kelander....tandakan kat kalender....yang takot tlupa jugak..........set lah kat henfon korang.....haaaa...bagi yang jauh2 tue...contoh yang kat sabah dan serawak....boleh p tengok2 tiket air asia sekarang jugak...mana tau ada yang murah?? hehhehe....sooo apa macam baju konvo??? dah pikey nak pakai warna apa??? hohohoho.....aku pon lom pikey lagi pasal baju2 nih.....duit pon tak der....nak beli tiket kapal terbang pon tak cukup....pasal hotel pulak nanti............ALAMAK!!! semuanya kena guna DUIT....oh duit dimana kau duit..............huhuhuhuhu......
apa pOn.........good luck kat semua!!!!!!!!!!!!! jumpa anda di tapak konvo bulan 9 nih.............!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment