LONDON: Jika anda dapati rasa makanan yang diambil ketika dalam penerbangan tidak sedap, jangan salahkan dapur atau mereka yang memasaknya.
Kajian terbaru menunjukkan bahawa keadaan bising di dalam pesawat menjejaskan deria rasa kita, mengurangkan keupayaan merasa manis dan masin makanan. Keputusan itu boleh menerangkan mengapa hidangan di dalam pesawat kelihatan begitu menyelerakan mempunyai rasa yang kurang.
“Ada pendapat umum mengatakan makanan dalam pesawat biasanya tidak begitu bagus,” kata Andy Woods, seorang penyelidik dari Unilever.
“Saya pasti syarikat penerbangan melakukan yang terbaik dan disebabkan itu, kita mungkin tertanya-tanya jika ada sebab lain mengapa makanan tidak begitu sedap.
“Satu sebab mungkin kerana bunyi bising memberikan sedikit kesan,” tambahnya. Seramai 48 sukarelawan ditutup mata dan diberikan makanan manis dan masin seperti biskut dan kerepek sambil mendengar bunyi bising atau senyap melalui fon telinga. Hasilnya, mereka mendapati bunyi bising latar menyebabkan makanan disifatkan sebagai kurang masin atau manis oleh mereka yang merasainya.
“Berdasarkan apa yang ditemui, semuanya bergantung kepada kesan tumpuan anda. Dalam keadaan bising, bunyi menarik anda daripada merasai makanan dengan lebih baik,” kata Woods. – Agensi

(sumber petikan dari Berita Harian Online 18 Oktober 2010)
hurmm..........rupa2 nya ada kesan jugak deria rasa kita semasa makan di dalam kapal terbang ek?? tapi....makanan di dalam kapal terbang bagi aku memang TAK menarik dan menyelerakan....semua kan makanan segera.....main masuk jer dalam ketuhar (oven)......yang nampak menyelerakan tu HANYA di dalam gambar jer.......
No comments:
Post a Comment