Followers

Thursday, October 14, 2010

Kanak-kanak Pintar Cerdas

[Adi Putra salah seorang kanak-kanak pintar cerdas di Malaysia]

Untuk memberikan definisi yang tepat terhadap pintar cerdas sememangnya merupakan salah satu isu yang sehingga kini menjadi pedebatan di antara banyak pihak di seluruh dunia. menurut Stanford Binet (1916), orang pertama yang menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebgai "The Stanford-Binet Test" telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. mengikut Terman (1916) pula berkata bahawa pintar cerdas ini sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak.


Definisi bagi pintar cerdas ini juga kita boleh lihat daripada pandangan dan istilah daripada bebrapa negara di seluruh dunia. menurut persekutuan Amerika Syarikat, pintar cerdas ditujukan kepada kanak-kanak pelajar atau belia yang berpotensi dan mempunyai pencapaian tinggi dari segi bidang interlektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan, serta mereka memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperoleh di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka. (sumber daripada www.spe-ed.bet/ld-pintarCerdas.php)


Manakala bagi negara lain seperti di Kanada, pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akedamik dan potensi mereka. (Sumber daripada www.spe-ed.net/ld-pintarCerdas.php)


Di England pula, pintar cerdas merujuk kepada 5 peratus dari semua populisi sekolah di dalam bidang akedamik manakala cerdas pula adalah 5 pratus teratas dari semua bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memiliki kebolehan tinggi untuk 1 atau lebih di dalam subjek akedemik. mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk semua subjek. Pelajar Cerdas pula adalah mere yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan, muzik, lukusan atau seni persembahan. (Sumber daripada www.spe-ed.net/ld-pintarCerdas.php)


Menurut Kamus Dewan pula, pintar cerdas diistilahkan sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna anal. Maka, secara umumnya, pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Seperti yang diterangkan di dalam Teori Kepelbagaian Kecardasan (Multiple Intelligences) oleh Howard Gardner.


Individu yang pintar cerdas mempunyai daya IQ yang tinggi. Tahap IQ mereka yang pintar cerdas terbahagi kepada 5 tahap iaitu ;

1. Mildly Gifted -- 115 hingga 129
2. Moderately Gifted -- 130 hingga 144
3. Highly Gifted -- 145 hingga 159
4. Exceptionally Gifted -- 160 hingga 179
5. Profoundly Gifted -- 180

(Sumber daripada www.giftedkids.about.com/od/gifted101/p/gifteddef.htm)

Melalui dapatan data yang biasa, kebanyakkan individu yang membuat ujian IQ akan mendapat markah !Q di antara 85 dan 115, dan kebiasaannya mendapat tahap IQ sebanyak 100. semakin tahap IQ kanak-kanak itu melebihi 100, semakin kanak-kanak itu memerlukan pendidikan khas.

No comments:

Info-info terkini FUC

NO ????