Followers

Showing posts with label artikal. Show all posts
Showing posts with label artikal. Show all posts

Thursday, April 7, 2011

Gangguan psikologi ancam pengguna


 GENERASI MUDA...pelopor dunia digital.

DI sebalik ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), anak muda dilihat sebagai golongan nombor satu dan paling ramai yang selari dengan perkembangan itu. 

Hari ini, generasi X, Y dan Z dikaitkan sebagai penentu digital pada masa depan. Mereka mempunyai keupayaan pandangan yang amat berbeza berbanding generasi lampau kerana lahir ketika era Perang Dingin, ledakan teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan.

Tuesday, March 29, 2011

Amalan makan buah-buahan sebelum hidangan baik untuk kesihatan



Amalan makan buah-buahan sebelum hidangan bantu kurang berat badan, hindari penyakit

MAKAN buah-buahan sebelum makan makanan berat adalah tabiat yang baik, tetapi yang lazimnya berlaku, buah sering dijadikan sajian pencuci mulut atau hidangan terakhir selepas makanan utama.
Hakikatnya, mendahulukan buah-buahan adalah baik berdasarkan konsep mengalas perut kerana ia tidak menjejaskan kepadatan tenaga makanan dan pengambilan tenaga menyeluruh biarpun seseorang itu dalam fasa menyekat pengambilan kalori. 

Awas 'Lidah Mentua'!!


Mungkin nama gelaran pokok ini agak unik dan pelik namun sebenar ia adalah sejenis pokok berdaun unik, cantik dan menarik untuk dijadikan tanaman hiasan. Pokok yang nama spesiesnya, Sansevieria juga cukup tahan lasak, senang ditanam dan dijaga memang sesuai untuk mereka yang baru berjinak dengan seni taman.

POKOK lidah mak mertua ditanam kerana mempamerkan dedaun pelbagai bentuk seperti silinder atau nipis, panjang atau pendek dan tirus di hujungnya manakala warna daunnya adalah pelbagai seperti hijau tua, hijau dan bercorak atau bergaris kuning di sekelilingnya dan tumbuh menegak. Kadangkala ia mengeluarkan bunga berwarna hijau pucat. 

Sunday, March 27, 2011

Facts about the Human Brain



The human BRAIN has amazed and baffled people throughout the ages...Some scientists and doctor have devoted their entire lives to learning how the brain works....we, as a students also know a bit about brain....but what we do know is that it's the organ that makes us human, giving people the capacity for art, language, moral judgments, and rational thought. It's also responsible for each individual's personality, memories, movements, and how we sense the world.

well.......as we all know...brain is one of the most interesting and complex part in human....here is interesting fact about our human brain....

Saturday, March 26, 2011

Saintis temui planet baru



[Gambaran kedudukan Gliese 581 dari Bima Sakti] 
KETIKA isu kemunculan objek asing atau UFO begitu mencetuskan perasaan teruja dan ingin tahu di kalangan masyarakat, banyak fenomena lain berkaitan angkasa mengalami perkembangan menarik.

Sebenarnya alam semesta tidak ada batasannya. Terdapat banyak objek di angkasa dengan pelbagai bentuk dan pelbagai rupa.

Selain objek semula jadi seperti planet, bintang, bulan, asteroid dan komet, objek buatan manusia seperti satelit, Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan prob atau robot kapal angkasa merupakan sebahagian daripadanya.

UFO pula masih mengujakan manusia meskipun tidak ada bukti konkrit mengesahkan kewujudan mereka.

Thursday, March 24, 2011

Gempa Jepun ubah landskap, diramal cetus Zaman Ais baru

BELUM pun igauan ngeri tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember 2004 terhapus sepenuhnya, kita dikejutkan sekali lagi kehadiran bencana yang melumpuhkan Jepun dalam sekelip mata, minggu lalu.
Bermula dengan gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter jam 2.46 petang waktu tempatan, tsunami pula menyerang dengan kelajuan kira-kira 800 kilometer sejam dengan ketinggian ombak mencecah 10 meter. Malah ketika rencana ini ditulis, selain berdepan ancaman gempa susulan, Jepun turut dihimpit krisis mengawal kebocoran radiasinya apabila tahapnya 10 kali ganda lebih tinggi daripada biasa, berikutan impak gempa bumi kategori mega itu. Lebih menyayat hati, harapan menemui mangsa yang terselamat terus pudar dengan angka korban dan mereka yang hilang, lebih 12,000 orang. 


Namun, hakikatnya, gempa bumi terbesar di Jepun dan kelima terbesar dalam sejarah dunia itu bukan hanya menambah fakta mengenai bencana tetapi turut mengubah landskap dan perjalanan bumi ini.

Di Jepun saja, gempa itu menyebabkan Kepulauan Honshu, yang juga bahagian paling besar di negara itu, berganjak sehingga 2.4 meter.

Tidak cukup itu, paksi bumi pula menyendeng 25 sentimeter dan mempercepatkan kadar putaran bumi lebih sejuta mikro saat.

Info-info terkini FUC

NO ????