Followers

Showing posts with label Cerita sana sini. Show all posts
Showing posts with label Cerita sana sini. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

10 kelebihan si Kidal


Kidal atau dalam bahasa omputihnya left-handed (lefthanded?? macam pernah dengar...hahahha...adooohaaaiii....bukan kumpulan rock kat malaysia tu lah....)....hehehe...mereka yang kidal ni bagi yang tak paham2 lagi ialah mereka yang banyak bkerja menggunakan tangan kiri berbanding tangan kanannyaaa.......kalau aku...aku bukan kidal....tapi ramai jugak kawan2 aku yang kidal....kadang2 lucu gak...masa makan kolo mee kat kedai...boleh btembung coopstik masa makan....hehehhee...
ok...bebalik kepada cerita kita...

mengikut kajian, dalam 7 hingga 10% populilasi manusia adalah kidal.......kira mereka yang kidal nih hanya mainoriti saja lah......dan yang pelik nya kebanyakkan yang kidal nih ada golongan lelaki....perempuan pon ada gak...just sikit lah berbanding ngan lelaki....

kebanyakkan kita (bukan semua) mengangap kidal ini bukan sesuatu yang baik...malah ada yang mengangap mereka yang kidal ini tidak normal....ek?? hrmmm....malah ada yang memberi perspektif yang buruk kepada mereka yang kidal ini...ish3....tak baik tau bfikiran mcm tu...huhuhuhu...apa pon...dari segi alatan2 harian kita pon banyak yang tidak menyebelahi mereka yang kidal...contoh yang aku boleh bagi kat sini....kat dewan kuliah...kan ada meja sekali kat tempat duduk tu?? semua meja kecil tu bsambung kat sebelah kanan....soo...bagi yang tulis sebelah kanan tu senang lah....tapi yang kidal pulak??? huhuhu...ada gak kawan ku yang kidal ni mengeluh pasal hal tu....tp yer lah...itu salah satu kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka yang kidal....

dah tahu dah apa tu kidal?? okeh....sekarang jom kita lihat apa kebaikan mereka yang kidal.....


1.  kelebihan dari segi sukan
kebanyakan mereka yang kidal ni memang hebat dari segi sukan.  bukan apa, kan ramai yang guna tangan kanan....mereka belatih pun memang banyak menggunakan tangan kanan...bagi yang kidal pasti ada kelebihannya....contohnya dalam sukan tinju, tenis dan jugak bola keranjang....sebab ramai kita yang guna tangan kanan lemah dalam guna tangan kiri...bagi yang kidal??? wahhhh.........pasti boleh lawan anda yang guna tangan kanan punya.......hehehhee....




2. mereka yang kidal ramai bijak (IQ tinggi) 
para pengkaji pon pening jugak ngan benda nih.....tapi ini lah kenyataan yang benar....ramai mereka yang kidal mencatat markah yang tinggi di dalam ujian IQ...contohnya, kat MENSA sendiri ada 20% ahli yang kidal...ini bermakna jugak 10% populilasi manusia yang kidal ini kebanyakan nya bijak...wahh!! hebat!! ada yang berpandapat, mereka yang kidal ini boleh jadi bijak sebab mereka memaksa otak mereka untuk menggunakan 2 bahagian otak mereka lebih kerap berbanding dengan mereka yang guna tangan kanan...dan ini menyebabkan mereka boleh memproses maklumat dengan lebih baik...


3.  mereka yang kidal pandai cari duit
haaa.......jangan nak gelak pulak....betul apa?? mereka yang kidal kan bijak.....kebijaksanaan mereka itu pasti akan mendapat sesuatu kan??? mengikut kajian jugak....lelaki yang kidal yang keluar dari kolej atau universiti nih mendapat pendapatan lebih sebanyak 13% berbanding mereka yang guna tangan kanan dah mempunyai status kelayakan yang sama dengan mereka....fuuyoooo...pelik kan???  sebabnya....masih tak diketahui lagi...hurmm............




4.  mereka yang kidal mudah melihat di dalam air
adoiii...nih lagi pelik??? mereka nih makluk asing ker apa??? hahahha...jangan marre yer?? memang pelik...tapi ini lah kebenaran....para saintis pon ngah bengOng ngan hal ni...tapi ini pastinya 1 kelebihan yang sesuai digunakan bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan sungai dan laut....ada yang berpendapat, kelebihan ini disebabkan pengunaan bahagian otak yang berbeza dengan mereka yang banyak menggunakan tangan kanan....


5.  mereka yang kidal boleh buat banyak benda dalam 1 masa
kira mereka nih multitask lah...........hehehe...salah satu kelebihan mereka yang kidal mereka boleh memaksa otak mereka untuk membuat keputusan dengan lebih cepat berbanding mereka yang mengguna tangan kanan...mengikut kajian, bagi mereka yang kidal....aliran maklumat di kedua belah otak kiri dan kanan boleh bergerak dengan baik dan cepat....


6.  sesetengah mereka yang kidal mempunyai daya ingatan yang kuat
ya...sesetengah daripada mereka yang kidal sahaja....tetapi mungkin ada yang tak bersetuju ngan kenyataan ini....sebab ada jugak kajian mengatakan mereka yang kidal mempunyai memori yang kuat disebabkan hasil baka yang diwarisi turun temurun oleh ahli keluarga mereka....apa pon...kita tak perlu lah nak jadi kidal untuk mendapat memori yang bagus...sebalik nya....perlu banyak latihan dari segi ingatan...ehhehe...


7.  umumnya, ramai kidal yang hebat main permainan video
kelebihan mereka yang bijak dan boleh buat banyak benda dalam 1 masa menjadikan kelebihan mereka di dalam permainan video....kajian yang dijalankan oleh Dr. Nick Cherbuin mendapati bahawa mereka yang kidal mempunyai stimulasi yang cepat berbanding mereka yang banyak menggunakan tangan kanan....jadi ini menjadikan mereka yang kidal ini secara semula jadi nya hebat dalam bab-bab membunuh zombie, dan berperang di alam maya menentang makluk asing....

8.  ramai mereka yang kidal cepat sembuh daripada serangan stroke 
sebabnya masih lagi tidak jelas...tetapi ramai yang berpendapat mereka yang kidal lebih cepat sebuh daripada stroke disebabkan mereka boleh menggunakan kedua belah otak mereka dengan baik...malah mereka juga mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran yang kebanyakan nya adalah untuk mereka yang menggunakan tangan kanan....ya...memanglah untuk pulih dari kesan stroke ni bukan nya mudah....tidak kira lah anda yang kidal mahupun bukan...

9.  mereka yang kidal hebat dalam seni visual berbanding subjek berbentuk bahasa
yang ini memang tidak dinafikan, memang ramai diantara mereka yang kidal ini memang hebat dalam seni visual... namun, sebaliknya untuk subjek yang berbentuk bahasa...kajian telah mendapati bahawa pelajar universiti yang kidal lebih ramai yang menggambil mata pelajaran berbentuk seni vitual sebagai major mereka berbanding mata pelajaran yang berbentuk bahasa...dan melalui kajian lain mendapati 47% pelajar mengambil bidang berbentuk seni visual adalah kidal....malah, ramai antara mereka yang terkenal dalam bidang kesenian ini merupakan mereka yang kidal...contohnya Leonardo, Michelangelo, Raphael dan Rembrandt.  

10.  mereka yang kidal ramai lulus dalam ujian memandu berbanding yang banyak menggunakan tangan kanan
jika anda ni memang hebat dalam memandu, kemungkinan anda kidal.....hehehhee...bukan apa, berdasarkan maklumat tempat latihan memandu, mereka mendapati seramai 57% mereka yang kidal lulus ujian memandu buat pertama kali nya berbanding mereka yang bukan kidal iaitu seramai 47%....ini memang sesatu yang habat...sebab kesemua kereta di dunia ini adalah direka khas untuk mereka yang bukan kidal....


jadi kangkawan?? apa macam?? haaa...sebenar nya banyak lagi kelebihan mereka yang kidal ni....jadi bagi yang ada pendapat lain pasal kelebihan mereka yang kidal ni boleh lah kongsi ngan saya....komen2 lah yer???

 

Thursday, April 7, 2011

Gangguan psikologi ancam pengguna


 GENERASI MUDA...pelopor dunia digital.

DI sebalik ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), anak muda dilihat sebagai golongan nombor satu dan paling ramai yang selari dengan perkembangan itu. 

Hari ini, generasi X, Y dan Z dikaitkan sebagai penentu digital pada masa depan. Mereka mempunyai keupayaan pandangan yang amat berbeza berbanding generasi lampau kerana lahir ketika era Perang Dingin, ledakan teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan.

Guru wanita patah hidung ditumbuk pelajar


KANGAR: Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu hari ini.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata, seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas. 

"Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas, guru berkenaan sedang melalui koridor sekolah apabila beliau ternampak pergaduhan itu dan cuba meleraikannya," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.
Mariati dibawa ke HTF untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.




   
Menurut jurucakap itu, Mariati dipercayai cuba mengajak pelajar berkenaan ke bilik disiplin untuk dikenakan tindakan disiplin kerana bergaduh namun secara tiba-tiba pelajar tersebut menumbuk muka beliau menyebabkan hidungnya patah dan berdarah.

Beliau mendakwa, pelajar itu pernah digantung sekolah kerana masalah disiplin tetapi dibenarkan meneruskan semula persekolahannya di sekolah sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Md Dros, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata polis menerima dua laporan berhubung kejadian itu.
Katanya, laporan pertama oleh guru wanita itu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

Satu laporan lagi dibuat oleh seorang pelajar tingkatan satu yang mendakwa beliau ditendang oleh pelajar yang sama dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan. - BERNAMA

Wednesday, April 6, 2011

Telur ayam tiruan di Pulau Pinang


GEORGETOWN: Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar. 

Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam. 

Thursday, March 31, 2011

Nenek tujuh cucu dihukum mati



KUALA TERENGGANU – Seorang nenek yang mempunyai tujuh cucu dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi dekat sini semalam selepas didapati bersalah mengedar 92.68 gram dadah jenis heroin pada 2009.

Tertuduh, Mariah Hamad, 49, yang memakai baju kurung dan bertudung kelihatan tenang ketika Hakim, Datuk Mohd. Yazid Mustafa membacakan hukuman tersebut.

Friday, March 18, 2011

The Deepest Swimming Pool In The World Nemo33 , Brussels

The pool itself consists of a submerged structure with flat platforms at various depth levels. The pool has two large flat-bottomed areas at depth levels of 5 m  and 10 m , and a large circular pit descending to a depth of 33 m . It is filled with 2,500,000 liters of non-chlorinated, highly filtered spring water maintained at 30 °C  and contains several simulated underwater caves at the 10 m depth level.

Thursday, March 17, 2011

Pemilik upah lelaki rosakkan Lamborghini miliknya

[BEBERAPA orang yang diupah merosakkan kereta Lamborghini Gallardo di Qingdao, wilayah Shandong, China.]
BEIJING - Seorang ahli perniagaan China mengupah sekumpulan lelaki dari Shandong untuk merosakkan kereta Lamborghini Gallardo miliknya yang berharga AS$804,301 (RM2.45 juta) dengan menggunakan tukul di Qingdao kelmarin. 

Tindakan itu dibuat

Sunday, February 27, 2011

Kambing jadi tumpuan Karnival Jom Heboh

[SIAH membawa Zorich mengunjungi 
Karnival Jom Heboh di Kuala Terengganu, semalam.]



KUALA TERENGGANU: Gelagat seorang nenek membawa kambingnya mengunjungi Karnival Jom Heboh TV3 di Dataran Shahbandar, di sini semalam mencuri perhatian ramai, terutama kanak-kanak sehingga ada yang merengek mahu ibu bapa mereka 'membeli' kambing seperti itu.

Tuesday, October 19, 2010

Kakak, adik kahwin jika tewas kung fu

BEIJING: Dua adik-beradik wanita yang mahir berkung fu di bandar raya ini, menganjurkan satu pertandingan mempertahankan diri itu selama tiga hari bertujuan mencari bakal suami.

Peserta lelaki yang berminat perlu menunjukkan kehandalan memanah, angkat berat dan seni tempur. Pemenang peringkat akhir dikehendaki mengalahkan adik-beradik berkenaan dalam perlawanan Kung Fu satu lawan satu.
“Hanya adik-beradik itu ditewaskan peserta dibenarkan membuka topeng muka untuk melihat wajah mereka untuk kali pertama sebelum membuat lamaran,” kata rakan wanita berkenaan. – Agensi

(Petikan dari Berita harian Online 19/10/2010)

komen aku.........

aku tak tau ler if betul2 ada orang nak ikut pertandingan ni........and aku rasa pertandingan ni pun macam tak logik jeer...if aku lelaki yang hebat kungfu pun...aku tak akan join pertandingan ni walaupun aku tak ada teman wanita mahupun isteri.................nak tahu kenapa????

sebab aku tak kenal pun perempuan tu...kan pompuan tu pakai topeng??? sooo...banyak kebarangkalian yang boleh blaku....antaranya....

1) takot muka dia huduh and tua kerepOt....
aku tak kenal dia....so wat apa aku bsusah payah....bmati matian nak menang untuk jadikan dia sebagai istri..........kang aku kawan ngan dia skali tengok muka dia huduh....tua kerepOt....naaa....nak ker kawen ngan pempuan tua muka huduh kerepOt yang dah nak habis tempoh??????????????


2) tak kenal hati budi dia pOn....
haaa........yg tua kerepot and huduh tu masih ok lagi.......tp cam mana pulak dia ni sepisis panas baran???? kaki belasah??? aaaaaaaaaaaaaaa....kan dia hebat kungfu??? soooo.....ini bmakna dia nie sepisis suka sepak sana...terajang sini.....bagaimana pulak if kita usik sikit...kena lah pelempang.....gaduh sikit....siap bawak samurai nak potong kepala.......eeeeeeeeeeee...tak rela i tau..........


haaaaaaaaaaa...............buat masa nie....hanya 2 benda tu jer lah yang aku dapat pikekan buat masa nie.......coz bagi aku laa...memang cam ngok ngek sikit ler if buat benda cam nie....kalau anda ler....sanggup ke bmati-matian untuk dapatkan hadiah yang kitak tak tahu apa dia?? or dalam situasi ini.kawen ngan orang yang kita tak kenal?? yang kita tak pernah jumpa??? for me......opcoz tak akan.........lain la if kita nampak and tahu apa hadiah yang bakal kita menangi.....contohnya.....siapa menang dapat rumah banglo.........or siapa menang dapat keta ferari....or dapat duit 100 bilion....atau pun dlm al-kisah ni tadi....jika menang boleh kawen dengan gadis jelitawan yang pandai kungfu..............hahahahahahha!!!!

adakah anda setuju dengan saya??????????? kihkih.... ^_^

Suasana bising jejas deria rasa

[sekadar gambar hiasan jer]

LONDON: Jika anda dapati rasa makanan yang diambil ketika dalam penerbangan tidak sedap, jangan salahkan dapur atau mereka yang memasaknya.


Kajian terbaru menunjukkan bahawa keadaan bising di dalam pesawat menjejaskan deria rasa kita, mengurangkan keupayaan merasa manis dan masin makanan. Keputusan itu boleh menerangkan mengapa hidangan di dalam pesawat kelihatan begitu menyelerakan mempunyai rasa yang kurang.


“Ada pendapat umum mengatakan makanan dalam pesawat biasanya tidak begitu bagus,” kata Andy Woods, seorang penyelidik dari Unilever.


“Saya pasti syarikat penerbangan melakukan yang terbaik dan disebabkan itu, kita mungkin tertanya-tanya jika ada sebab lain mengapa makanan tidak begitu sedap.


“Satu sebab mungkin kerana bunyi bising memberikan sedikit kesan,” tambahnya. Seramai 48 sukarelawan ditutup mata dan diberikan makanan manis dan masin seperti biskut dan kerepek sambil mendengar bunyi bising atau senyap melalui fon telinga. Hasilnya, mereka mendapati bunyi bising latar menyebabkan makanan disifatkan sebagai kurang masin atau manis oleh mereka yang merasainya.

“Berdasarkan apa yang ditemui, semuanya bergantung kepada kesan tumpuan anda. Dalam keadaan bising, bunyi menarik anda daripada merasai makanan dengan lebih baik,” kata Woods. – Agensi

(sumber petikan dari Berita Harian Online 18 Oktober 2010)


hurmm..........rupa2 nya ada kesan jugak deria rasa kita semasa makan di dalam kapal terbang ek?? tapi....makanan di dalam kapal terbang bagi aku memang TAK menarik dan menyelerakan....semua kan makanan segera.....main masuk jer dalam ketuhar (oven)......yang nampak menyelerakan tu HANYA di dalam gambar jer.......

Info-info terkini FUC

NO ????