Followers

Showing posts with label Pendidikan Khas dan Aku. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan Khas dan Aku. Show all posts

Saturday, June 4, 2011

Budak 3 Tahun Dengan IQ 140 Bakal Ke Mensa



Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tiga tahun akan menjadi salah seorang daripada ahli termuda Mensa, sebuah kumpulan yang dianggotai individu bijak, selepas diuji dan mempunyai IQ berjumlah 140.

Saffron Pledger adalah anak kepada juara lapan kali Countdown, sebuah rancangan televisyen. 

Danny Pledger, pereka laman sesawang yang berusia 23 tahun berkata, anak beliau mula mengenal huruf dengan menonton beliau di siri televisyen tersebut.

Saffron mengambil ujian IQ, iaitu salah satu daripada proses terakhir yang dilakukan oleh Mensa. Jika jumlah markah 140 kanak-kanak itu diterima, dia akan menjadi ahli termuda bagi kumpulan tersebut.

Walaupun dengan usia yang begitu muda, Saffron boleh menulis, membaca, mengira hingga 50 dan juga menyelesaikan beberapa masalah matematik asas – sebelum mendapat sebarang pembelajaran di mana-mana sekolah.

Thursday, October 14, 2010

Kanak-kanak Pintar Cerdas

[Adi Putra salah seorang kanak-kanak pintar cerdas di Malaysia]

Untuk memberikan definisi yang tepat terhadap pintar cerdas sememangnya merupakan salah satu isu yang sehingga kini menjadi pedebatan di antara banyak pihak di seluruh dunia. menurut Stanford Binet (1916), orang pertama yang menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebgai "The Stanford-Binet Test" telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. mengikut Terman (1916) pula berkata bahawa pintar cerdas ini sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak.


Definisi bagi pintar cerdas ini juga kita boleh lihat daripada pandangan dan istilah daripada bebrapa negara di seluruh dunia. menurut persekutuan Amerika Syarikat, pintar cerdas ditujukan kepada kanak-kanak pelajar atau belia yang berpotensi dan mempunyai pencapaian tinggi dari segi bidang interlektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan, serta mereka memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperoleh di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka. (sumber daripada www.spe-ed.bet/ld-pintarCerdas.php)


Manakala bagi negara lain seperti di Kanada, pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akedamik dan potensi mereka. (Sumber daripada www.spe-ed.net/ld-pintarCerdas.php)


Di England pula, pintar cerdas merujuk kepada 5 peratus dari semua populisi sekolah di dalam bidang akedamik manakala cerdas pula adalah 5 pratus teratas dari semua bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memiliki kebolehan tinggi untuk 1 atau lebih di dalam subjek akedemik. mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk semua subjek. Pelajar Cerdas pula adalah mere yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan, muzik, lukusan atau seni persembahan. (Sumber daripada www.spe-ed.net/ld-pintarCerdas.php)


Menurut Kamus Dewan pula, pintar cerdas diistilahkan sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna anal. Maka, secara umumnya, pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Seperti yang diterangkan di dalam Teori Kepelbagaian Kecardasan (Multiple Intelligences) oleh Howard Gardner.


Individu yang pintar cerdas mempunyai daya IQ yang tinggi. Tahap IQ mereka yang pintar cerdas terbahagi kepada 5 tahap iaitu ;

1. Mildly Gifted -- 115 hingga 129
2. Moderately Gifted -- 130 hingga 144
3. Highly Gifted -- 145 hingga 159
4. Exceptionally Gifted -- 160 hingga 179
5. Profoundly Gifted -- 180

(Sumber daripada www.giftedkids.about.com/od/gifted101/p/gifteddef.htm)

Melalui dapatan data yang biasa, kebanyakkan individu yang membuat ujian IQ akan mendapat markah !Q di antara 85 dan 115, dan kebiasaannya mendapat tahap IQ sebanyak 100. semakin tahap IQ kanak-kanak itu melebihi 100, semakin kanak-kanak itu memerlukan pendidikan khas.

Friday, October 8, 2010

Pengalaman guna kerusi roda di kelas Dr Lee (PPK331e)



masa kelas Dr. Lee Ley Wah (PPK 331E Technology and Innovation for Special Education) yang btajuk Inclusive Learning/Assistive Technologes for Students With Physical Impairment....Dr. telah menjemput seorang Dr. pensyarah jemputan dari skul Sains Kemasyarakatan....tapi aku dah lupa dah nama beliau...huhukk...sorry yer??? kehh.....masa kelas 2 jam tu....kami telah mengimbas kembali pelajaran yang pernah kami ambil pada sem-sem lepas...iaitu mengenai Orang Kurang Upaya (OKU) Anggota...khas mengenai cacat anggota kaki...

[Dr. Lee Ley Wah memberikan beberapa penerangan kepada kami]

Dr merupakan seorang perjuang hak2 OKU....malah beliau juga merupakan individu OKU yang cacat anggota kaki.....beliau menggunakan kaki palsu....saya amat kagum dengan cara Dr menyampaikan ceramah beliau...beliau juga ada menceritakan pengalamannya dan rakan-rakannya yang cacat anggota kaki...salah satu cerita yang bagi saya amat melucukan ialah mengenai rakannya yang cacat anggota kaki yang memakai kaki palsu....rakannya membawa motosikal....tetapi ada sebuah kereta dipandu dekat dengan rakan Dr berkenaan sehingga kereta tersebut bgesir dengan motosikal rakan Dr....akibat daripada gesiran itu, rakan Dr jatuh dari motosikal berkenaan...malah...kaki palsu rakan Dr juga terpelanting...seorang tua yang berada di belakang motosikal rakan Dr segera turun membantunya....namun, apabila terpandang sebelah kaki rakan Dr tiada...org tua berkenaan terus pensan...rakan Dr yang tjatuh tu tadi segera mendapatkan kaki palsunya dan memangil org kampung untuk membantu orang tua yang pensan itu td....hihihik.......kasihan org tua pu pensan...ingatkan nak tolong orang...last2 org pulak tolong dia kan??? ehhehe...agak lucu....


Dr juga ada menerangkan menggenai kaki palsu....tongkat OKU dan kerusi roda..malah Dr juga ada membawa contoh2 kerusi roda dan tongkat2 yang digunakan.......

[Ayu mencuba menggunakan tongkat siku]

Dr turut ada memaparkan cara2 menggunakan kerusi roda...malah beliau turut memaparkan beberapa video mengenai masalah2 mereka yang menggunakan kerusi roda ni....contohnya dari segi pembinaan tandas OKU yang tidak sesuai....rem yg tidak sesuai dan penggunaan tempat letak kereta OKU....


kami bukan sahaja melihat video dan mendengar ceramah dr Dr...malah kami telah mencuba sendiri penggunaan kerusi roda dan tongkat OKU...

[saya akui...memeng sukar nak gunakan kerusi roda ni....nak tolak dia mmg memerlukan tenaga yg kuat pada tangan...huhuhu....]

[tp...ok sikit bila ada orang yang membantu....hihik...]

wlau bagaimanapun...saya tertarik dengan kata2 Dr jemputan kami tadi...

"jangan tolong mereka kerana simpati......tapi tolong mereka jika mereka benar-benar memerlukan....OKU bukan mahukan simpati daripada anda...............anda harus ingat itu...."


kata2 Dr itu amat benar sekali...aku juga ada seorang kawan yg juga cacat anggota kaki selepas kemalangan...dia juga pernah memberitahu aku hal ini...

"kau sebagai bakal guru pendidikan khas harus ingat.....OKU paling tak suka org tolong mereka kerana simpati........mereka bukan mahukan simpati......jadi...jangan tolong mereka kerana simpati....aku cakap cam ni coz aku juga faham perasaan mereka...sbab aku juga OKU..."

memang...banyak halangan mereka yang cacat anggota ni nak b'ada di khalayak ramai...salah satu sebabnya adalah halangan persekitaran yang tidak sesuai.......wp mmg dibina untuk mereka tetapi insan2 yg tak reti bahasa ni yg menyalahgunakan kemudahan mereka...contohnya tandas OKU....kdg2 di sesetengah tempat mmg ada tandas OKU...tetapi tandas tu berkunci....ada juga tandas tu tak sesuai pun untuk OKU...coz pintu nya yg dibuka dari dalam...tandas yang sempit...pemegang yg x dapat di alih dan sebagainya.....

[Akma cuba nak naik kereta....]

kami juga ada mencuba untuk menaiki kereta dengan kerusi roda....mmg sukar sekali....pintu harus dibuka dengan luas agar memudahkan badan masuk ke dalam kereta....jadi tapak letak kereta OKU perlulah luas...
[Siti cuba naik tempat yang ada halangan...ada orang gak yang tolak kat belakang tu..hihik...]

dalam halangan seperti ini bagi saya mmg sukar sekali jika tiada orang yang menolong untuk menolak dari belakang...namun...kawan saya yang bkerusi roda dapat naik dan turun dari halangan seperti ini........wow...!! saya sendiri kagum dengan beliau.............ehhehehe...


apa pun...kelas hari tu mmg amat menyeronokan malah memberikan kami kesedaran tentang pentingnya kemudahan2 untuk mereka yang OKU...bak kata pensyarah jemputan ;

"kami juga bayar cukai macam anda...maka kami juga ada hak untuk menikmati kemajuan dan kemudahan yang ada...."


mmg benar....mereka juga perlu hak untuk mendapat kemudahan dan kemajuan negara...diharap...banyak lagi kemudahan yang boleh membantu mereka bergerak dengan bebeas....

ya....puji Tuhan! aku mmg bersyukur dengan pemberian Bapa di Syurga dengan apa yang aku ada waktu ini....kekurangan tidak b'erti kita lemah...tetapi merupakan suatu jalan untuk kita dekat dengan Nya dan menerima kasih kurnia Nya...amen! ^_^

Info-info terkini FUC

NO ????